Wednesday, January 11, 2012

Macam Mana

Bila kita cuba untuk menurunkan berat badan, ada macam macam cara.  Bagi aku yang tak dangkal fikiran ini dan juga sedar tentang pemakanan yang seimbang, apa apa pun ianya haruslah sihat.  Tidak sesekali cuba kurus dengan berlapar, mengambil pil dan apa apa yang sewaktu dengannya.

Secara ringkasnya, ia adalah lebih kepada memilih apa yang patut di makan. Nasi vs complex carbo, air suam vs teh o ais limau, roti canai vs healthier breakfast options.
Dan cuba untuk tidak menjadikan goreng pisang sebagai satu kebiasaan di petang hari...(yg ni ..memang payah...)

Di samping melakukan perubahan dalam menu harian....apa yang penting...mula untuk exercise !!.  Di sebabkan usia yang meningkat dan tentunya kadar metabolisma pun dah bukan macam zaman muda dulu, apa yang dimakan lebih lambat dibakar dan di tukar kepada tenaga.  

Ada yang berkata, tak lah susah mana untuk orang yang 'agak berat' untuk berdiet jika dibandingkan dengan orang yang memang dah debab teramat 'terlebih berat' - kes lambat sedar.  Jangan marah atau rasa tersindir kerana segala sindiran adalah ditujukan pada diri aku sendiri.  Tapi kalau ada yang terasa tu, apa kata ambil ianya sebagai satu yang positif untuk sama sama kita berusaha untuk capai berat yang ideal.  Bukan lah semata mata untuk nampak lebih 'elok' di mata sendiri (bila tengok cermin) tetapi juga untuk kesihatan.

Dah lari tajuk la...
Awalnya nak cerita cara diet aku....tapi termerapu lah pulak.  Tapi..masih tak bosan kan.  Kalau bosan....pergi baca benda lain.....tak marah pun....nanti datang balik...ok.

Macam mana nak diet ...?
High level summary lah dulu ya....(lain kali kita cerita panjang)
1) Kurangkan carbo intake
2) Banyakkan sayuran dan buah-buahan
3) Bersenam (memang payah...tapi...HARUS)
4) Tambah pengetahuan dan cuba cari dan baca testimonial orang2 yang dah berjaya melakukannya (secara sihat)

Berdasarkan 'study untuk kurus aku', aku kali ini tidak berniat untuk jadi 'die-hard follower' mana mana cara diet atau mana mana produk.

Tetapi secara ringkasnya aku kategorikan diet aku....60% lebih kepada diet atkins.  Yang nak baca lebih lanjut pasal atkins pergi ke www.atkins.com ........cukup kat sini dulu.....



1 comment: